hehe. sorry lah korang sebab dah lama gila tak update blog kan. sebab hurin fikir takda sape pun yang tunggu next entry. tapi rupa rupanya adee lah hamba hamba ALLAH yang tunggu next entry ni. hah mana tak tunggu uolls kalau cik hurin nak berceloteh pasal dorang. patut lah kemain suruh buat next entry kan, siap cakap lagi 'bila kau nak buat cerita pasal ktorang?' haha. tak malu punya BFF, haha. korang ingat aku nak puji korang? memang tak lahh. aku nak kutuk korang je ni. hehehe. okay lets start :
Nur Haslili binti Suriady.

Hah ini dia mommy dalam geng ktorang. kenapa mommy? sbb dia dah ade boyfren aka poppy kami. hahahaha. kenapa mommy of course lahh sebab her behaviour. lily ni nak cakap cmna eh perangai dia? perangai dia cmni, kalau mak mak tengok dia ni confirm nak jadikan menantu. even jimmy pun cakap kalau dia ade anak dia nak kawenkan anak dia dengan lily. haihh lily market betul kau ni.bikin panas jaa, haha. lily ni serious tak berkira. dia boleh senang senang halal je duit yang kita pinjam. baik kan? tapi jangan amek kesempatan pulak, pinjam buat buat lupa. sbb lily ni kadang kadang dia ingat jugak hutang dia. hahaha. dia ikut mood, kalau dia baik sket haritu, dia halal kan lah. kalau tak, dompet kosong lah bayar hutang dia. hehe. lily ni pandai. among us, she is the most brilliant student. dalam kuliah nak kata focus, boleh lah. so so haha. mata kat whiteboard tangan type message. pastu lepas kelas confirm bongkang. haha. belajar ikut mood. tapi yang pelik bin ajaibnya, dia ni boleh je bila kene jawab soalan. asal lecturer tanya je, suara lily kedengaran, asal hurin dengar suara lily, confirm dia tengah jawab soalan lecturer. haha. pastu jenis peka benda remeh remeh pun pasal belajar, yang ktorang terlepas pandang, dia lah yang selalu ingatkan. so mmg terbukti lah dia ni pandai. kalau tambah usaha sket confirm dean lah. i bet you :) pastu kalau mintak dia terangkan pasal mana mana topic, dia akan terangkan sampai lubang cacing lah. tapi nak tunggu dia terang sampai lubang cacing tu kene tunggu dia study dulu. nak tunggu dia study, entah bila lahh labu. hahaha. eh lily, aku terkutuk kau banyak sangat eh? sorry. okay ni good side haslily. dia baik. dia ibu ibu. dia caring. dia comel. kenapa comel? sebab comel lah. banyak songeh pulak. hahaha. dia comel sebab dia ade habit masa presentation, but she's not notice about that. nak tahu habit dia apa? hahhaha. susah nak cerita. tangan dia asyik pegang kepala je masa presentation. belum lagi mata pandang atas bawah. muka teragak agak dia memang comel. maybe thats her way to handle gubra dia tu hahahaha. dia pandai. dia independent, nampak je kecik letak lah budak ni kat mana mana confirm boleh bawak diri. hah lily ni one of the PALAPES's members. lily ni tak pernah menangis pasal PALAPES , in fact kalau lari kalah den. stamina dia kuat kot. tapi sayang, lily gugur di medan perang :'( sayang seribu kali sayang. dia sweet kadang kadang. ingat lagi masa latest birthday hurin, dia hilang. keluar lift je terus hilang. bengang lah hurin kan sebab main tinggal je hurin. hurin call dia marah marah konon merajuk lah, haha. pastu dia balik bawak cake. siap ade love note lagi. dia wish birthday hurin. hahaha. masa tu serious rasa serba salah and malu tapi touching. kesian lily tak pasal pasal kene marah. so tuan puan, moral of the story jangan buruk sangka okay? kang makan diri macam den. haha. hah last pasal lily, dah kata ibu ibu kan. dia ni sensitif sket. sikit lahh nak nak kalau involve pasal boyfren dia. comel je nangis, be strong okay budak kecik. haha. lily jiwang. eh ade lagi? haha last last. budak kecik yang tak padan kecik ni, jiwang gilaa orang nya. nak bukti? jom pegi karaoke dengan dia. lagu yang dia pilih confirm jiwang. rayu merayu. pujuk memujuk. memori berkasih. haa mmg jiwang lah. tapi suara dia sedap. jealous mak tak boleh kalah kan dia taw. hm . okay dah. nak cerita pasal orang lain plak. next.
Nur Amira Binti Muhammad Yusri.

Pemilik nama ini mempunyai suara yang sangat merdu. sangat merdu okay. tak tipu. serious tak tipu. kalau dengar je suara boleh melting beb. haha. sekali dengar macam yuna. dua kali dengar macam siti nurhaliza. tiga kali dengar macam suara hurin. hahaha. kalau dengar suara mira macam hurin, better pegi check doctor sebab teruk benar dah telinga tuu. haha. okay pasal mira lagi. haa dia ni honest. too honest maybe. kadang kadang apa yang dia cakap tu menyakitkan hati. hahaha. but that's reality. kebenaran itu menyakitkan. itulah mira. kalau apa yang dia cakap tu, memang betul betul dari lubuk hati dia yang paling dalam. chewah, kalau dia puji cantik memang cantik. kalau dia cakap hodoh, memang hodoh lah. haha. mira ni jugak anak yang baik. baik sangat. kalau apa apa kene tanya mak dia, serious dia memang seorang perempuan yang baik. so guys, kalau nak cari perempuan cari macam mira. confirm hati tenang, tidur nyenyak, makan confirm kenyang. mira ni dalam geng ktorang kalau takda dia memang sunyi lah geng tu. dengan bendul dia. haha. bukan lurus tapi bendul. means memang teruklah tahap kebendulan dia.hahaha. so dia selalu jadi bahan kami bergurau. tapi yang paling best, dia tak pernah ambil hati kalau kitorang gurau gurau. in fact, dia siap tambah ajinamoto bagi cerita tu lagi sedap. and yes, she' soo sporting. hahaha. mira ni cute. hurin dengan mira selalu berborak pasal benda lagho. hahaha. ktorang imagine sama sama, pastu hidup dalam fantasi sama sama. cerita lah apa yang boleh bagi ktorang gelak. hahhaha. okay for example : aku ejek dia dengan sorang mamat ni. aku cakap 'okay, ape mira. dah lah kuat agama, tak pandang perempuan, suara macam dr.fazley. haa ape lagi kau nak. kawen kawen tentu tentu bahagia. amek jelah mamat tu'. she replied 'kau beria beria kau jelah amek. taknak aku. not my taste. ehh kau apasal asyik cakap aku dengan mamat tu? kau jangan . doa tuu. kang kalau aku kawen dengan dia, aku bakar diri macam orang india tu masa kenduri kawen tu. berpusing pusing aku atas pelamin tu nanti'. hahahhahahaha. 'okay lah tu. masa kau berpusing pusing terbakar tu, aku lily dengan jimmy tengok je. silap haribulan mamat tu jugak yang gelabah amek baldi siram kau. takpun, dia sekali masuk dalam api tu. sehidup semati' aku cakap. hahaha. then apa lagi memang ktorang gelak melekek lekek lahh. hahahahahahahhahhhhahhaha. type ni pun dah buat aku tergelak dengan perangai mira. dia cute kot. mira. she loves food. tapi western jelah she loves, she hate malay food. mulut tak boleh terima. dia tak boleh makan nasi. kene makan ayam pizza spagetti haa semua lah yang western. yang mee mee pun boleh lahh makan. nasi je pantang larang hidup mira. hahahha. tapi satu je special si mira ni. dia suka tepung karipap. so nanti kalau suami dia banyak duit,boleh lah hari hari makan western. kalau tak, boleh lah goreng tepung untuk mira ni. so taklah payah sangat suami dia nti. haa takpun payah sangat kau kawen jelah dengan tauke tepung miraa. hehehehhe :) hahahhah. mira ni comel gila kalau pasal makanan. kita setakat tengok gambar makanan memang tak terliur langsung lah kan. tapi mira, tengok gambar makanan menitik air liur. haa mira ni only food can make her happy. even password pun makanan. parokkkk sangat dah member aku ni. so kalau geng ktorang ni kawen, ktorang kene lah sediakan makanan untuk si suara sedap ni. yang special sket. kang kalau tak sedia kan,kang dia dok tunggu je bila pengantin nak potong cake. tunggu cake. hahahah. thats why dia tak suka pergi kenduri kawen. takda makanan yang buat air liur dia meleleh. hahahahah. mira ni setia kawan. sangat setiakawan. dia jelah yang melayan hurin berborak. tapi yang sakit hatinyaaa, bila hurin cerita benda yang sama, dia akan cakap 'diary hidup fatin bab 2'. bab berapa tu depends on cerita, kalau cerita zaman sekolah bab 123456789. kalau cerita masa kat matrik ke university ke bab yang ke 30 ke 40 ke. hahahhahahha. lawak tapi rasa macam nak tumbuk tumbuk je si mira ni. hahahhaha. okay last pasal mira, dia kelakar. kalau pegi makan hahaha. dapat je bill dia mesti akan keluarkan calculator to calculate meal for each. even tax pun kene divide. dah kalau si mira ni tak pandai kira, si lily lah yang takeover. hahahahha. jimmy bengang je tengok. sebab ktorang selalu lepak empat orang. so jimmy lelaki. katanya jatuh maruah bila perempuan sebok kira kira resit bila makan dengan dia. hahahhahahahahhahahhhah. itu lawak. hah lagi satu mira ni, memang jenis think positive.positive je memanjang haaa. dia tak sesuai di ajak mengutuk orang, hahha. sebab dia ni susah jugak nak kutuk orang. so pokok nya, kawan lah dengan mira. dah lah mira, penat cerita pasal kau. okay next.
Muhammad Rozaimi

Jimmy. mula mula dia kenalkan diri dalam kelas 2 sem lepas serious loya tekak dengaq. hahaha. nama rozaimi. tapi kemain nak english 'jimmy' jadi nyaa. hahha. jimmy ni masa mula mula kenal, rasa macam nak sepakk pak pak je muka dia. sebab dia lah lelaki tak tahu malu yang hurin pernah jumpa. dia asyik pau weolls je. mintak belanja itu ini. pastu kalau pergi mana mana tak pernah keluar kan duit dia pun. menyampah jugak tengok si jimmon ni masa tu. tapi one day, dia jadi sweet. serious dia sweet. belanja weolls coolblog. makin bertambah sweet bila mintak beli apa apa dia beli je. tak berkira macam dulu. haa nak lagi sweet dia sekarang ni asyik bayar dulu je. haa kalau dulu buat muka tak tahu malu je. sekarang tak suruh pun dia sanggup bayar dulu. haaa sweet gilakk kan? so hurin pun tanya lah. asal dulu kedekut taik hidung masin, sekarang baik gilakk? then he replied. dulu dia nak test weolls je. wether weolls ni betul betul member masa susah senang or member masa senang je? so dengan kebaikan hati weolls dulu, dia jadi yakin weolls lah BFF dunia akhirat dia. ececececehhh. hahaha. jimmy ni annoying. mulut dia kalau bab mengumpat no 1. kalah lily dengan mira. almaklumlah lelaki kan. hahahaha. mulut takdak insurans. harap je budak akaun, belajar pasal insurans bagai. beli lah insurans untuk mulut tu. mulut dia ni potpetpotpet kalau dengan weolls. tapi bila tambah orang lain, memang nampak obvious mulut dia kene stapler. senyap. no single word. hahaha. so i jump into conclusion, yang jimmy ni anak manja. anak last lah katakan. dia nak orang give more attention kat dia. sebab tu dia jadi cakap banyak kalau lepak sama sama. tapi bila tambah orang lain, dia senyap sebab orang tak give attention to him. so senyap lah dia. haha. so how jimmy? conclusion is accepted or not? hahaha. okay jimmy ni pulak jenis romantik jugak, tapi tak tunjuk. okay eg : haritu hurin dan mira mengidam nak makan cake secret recipe. mintak dia beli. bukan main banyak alasan dia bagi, masa tu hurin dengan mira pun kutuk kutuk lah dia. kedekut taik hidug masin. kata je member mintak beli cake pun payah. macam macam lah kitorang potpet kat bilik. tiba tiba jimmy ajak makan, so hurin pun kutuk lah depan depan. cakap macam macam kat dia, tengok tengok kat tangan dia dah ade cake! OMG. touched. so i tell you, he's sooo romantic. tapi tak tunjuk. ego konon. tapi comel apa laki berego. cehh aku puji kau kemain lagi jimmy. hahaha. dia ni dengan hurin macam anjing dengan kucing. jimmy anjing hurin kucing of course :) hahaha. jimmy ni ade je hal buat aku naik angin taw. bila aku mengamuk tak pernah pujuk. haa sampai satu tahap weolls block each other. haaa buat hal lagi. gaduh baik gaduh baik. dah biasa dah.haa apa lagi eh pasal jimmy ni? haa, dia kawan yang baik. haa jimmy ni memang spesies macam hurin. malas belajar. okay kalau dalam kelas, situasinya begini. mira kene sampuk syaitan, mata tak berkelip pandang lecturer. lepastu kepala angguk angguk. si lily ni pulakk bila cikgu tanya, mulut dia je dengar. sebok menjawab apa yang cikgu tanya. even tangan menaip message, tapi bila cikgu tanya paham memanjang. jealous okay. aku pulak pandang cikgu tapi asal tak paham paham? smpai satu tahap mata fatin melilau cari classmate mana yang tak paham jugak. so jawapannya! jimmy jelah senasib dengan hurin. hurin pandang dia, dia pandang hurin. pastu tergelak sama sama. memag SAH kauu tak paham jugak kan jimmy? adoii. tension betul, nasib ade geng. hahahahah. so jimmy ni lah yang jenis bila hurin tak study dia membebel suruh study. so definitely, dia lah kawan yang baik. satu lagi sikap jimmy ni yang hurin dipuji, one day weolls tak cover lagi 2 chapter. jimmy dah cover one chapter, tapi hurin dua dua chapter tak cover. tahu sket sket je. lagi sejam nak msuk dewan exam. sanggup lagi jimmy ni duk ajar satu chapter yang dia dah cover tu, even dia tak cover lagi satu chapter. susah kan nak jumpa member camtu. so conclusion, dia memang setia kawan. sangat setia kawan! thats it.
sudah sudah. hurin sudah penat menaip. btw, uolls yang tiga nama ni jangan terharu lelebih pulak. nak terharu bagai, belanja aku makan. hahaha. cramp tangan woii type untuk korang ni, hahahhahaha.
.jpg)
Assalamualaikum
CERITA HURIN.



